Berikut adalah beberapa jenis pelanggaran yang perlu dielakkan oleh semua host semasa siaran langsung:
4.1 Irrelevant Product Promotion Violation (Livestream)
● Promosi produk yang tidak berkaitan dengan kandungan siaran langsung, seperti menjual barang yang tiada kaitan dengan tajuk atau tujuan sesi.
Contoh: Menggunakan sesi ceramah agama untuk menjual produk kecantikan atau barangan elektronik.
Kesalahan Host Live: Tidak menunjukkan produk semasa meletakkan beg kuning. Buku mestilah ditunjukkan dan jelas dalam paparan Live. Atau , tunjukkan buku A depan kamera , tapi pin di beg kuning buku B. Mesti tunjukkan produk yang berkait dengan apa yang di promosikan. Sebagai contoh, jika closing bab darah wanita, hendaklah masukkan pakej dan buku Untukmu Wanita. Buku
hendaklah sentiasa ditunjuk sepanjang buka beg kuning.
Untuk Rujukan: https://vt.tiktok.com/ZS2oaLy8S/
4.2 Redirecting User Traffic Violation (Live)
● Usaha untuk mengarahkan penonton ke platform luar atau laman web lain tanpa kebenaran, yang melanggar peraturan platform.
Contoh: Meminta penonton mengunjungi laman web peribadi untuk mendapat akses penuh kepada konten atau promosi.
Kesalahan Host Live: Menyuruh customer untuk membuat pembayaran di luar platform dari TikTok seperti Whatsapp dan sebagainya
Situasi lain 1: meminta viewer tekan di bio akaun bedaie untuk membuat belian . Tak boleh..
Sebab di bio akaun bedaie ada link website (dikira platform luar)
Situasi lain 2: jika ada viewer komen ‘saya dari luar Malaysia, mcm mana nak buat belian?’ ..
Host live kena gunakan skrip CARI KAMI sahaja. Tidak boleh menunjukkan bio tiktok. Tidak perlu tunjuk dalam live macam mana nak PM admin.
Untuk Rujukan: https://vt.tiktok.com/ZSj1QQfBK/
4.3 Gambling / Gamification Content Violation (Live)
● Melibatkan aktiviti seperti perjudian atau kandungan gamifikasi yang melibatkan elemen
pertaruhan atau hadiah tidak sah.
Contoh: Menganjurkan permainan cabutan bertuah dengan bayaran masuk atau menyediakan
hadiah wang tunai dalam sesi siaran langsung. Dalam konteks Live Bedaie : host live menyebut atau menulis ‘kami nak 5 orang lagi, nak 4 orang lagi..’ ATAU menyebut perkataan ‘terhad’
Solusi 1: Jangan sebut perkataan TERHAD
Solusi 2: Jangan sebut direct nak berapa orang lagi.
Contoh: ‘saya nak 5 orang lagi, kemudian sambung mengajar sikit-sikit, kemudian sambung
cakap: ok 4 orang lagi..’
Untuk Rujukan: https://www.tiktok.com/@morgan_digital/video/7203723859483299078
4.4 Livestream Displayed a Static or Still Scene for a Period of Time
● Siaran langsung menayangkan skrin statik atau gambar pegun dalam tempoh lama, yang melanggar syarat platform kerana mengganggu pengalaman pengguna.
Contoh: Siaran langsung hanya memaparkan gambar atau teks tanpa interaksi atau kandungan aktif selama tempoh siaran.
Kesalahan Host Live: Host Live meninggalkan live senyap tanpa ada suara atau tanpa ada
gerakan depan kamera live
Solusi: Jangan berhenti semasa buat live, sebagai contoh situasi: tengah live tapi sedang azan. Kena ada juga gerakan depan kamera live
Sambil mengajar kena ada juga gerakan depan kamera
Untuk Rujukan: https://vt.tiktok.com/ZSj1QCPAu/

