Peluang Mualaf, Warga Pondok Belajar Bekam Percuma

Written on 14 December 2021
Muhammad Amar Mirza Ab Kadir Jailani


KOTA BHARU - Lebih 10,000 mualaf, pelajar dan guru sekolah pondok di negeri ini disasarkan memiliki kemahiran dalam bidang rawatan bekam menerusi program latihan percuma oleh Bedaie Neo Wellness di Klinik Dr Aziz Al Safi di sini pada Selasa.

Pengasas Bedaie Neo Wellness, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi Ismail berkata, program dilaksanakan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan terbabit menjana pendapatan sebagai juru bekam klinikal.

Beliau berkata, pihaknya memulakan program pada siri pertama dengan 100 peserta yang akan menjalani latihan secara percuma selama dua hari di klinik berkenaan.
 
“Bedaie Neo Wellness memberi peruntukan dana keseluruhan sebanyak RM150,000 untuk membantu 100 orang mualaf, pelajar dan guru daripada tiga sekolah pondok bagi menyertai latihan bekam secara percuma.