KOTA BHARU - Madrasah pengajian Islam digital pertama di Malaysia, BeDaie tampil membantu 3,000 mualaf di seluruh negara dalam mendalami ilmu agama menerusi pembelajaran dalam talian.
Usaha dilakukan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada Selasa.
Pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Abd Kadir Jailani berkata, pihaknya akan membantu golongan itu untuk mendalami dan mempelajari Islam menerusi penajaan yuran pengajian dengan pengurangan sebanyak 96 peratus.
Beliau berkata, projek perintis kerjasama itu bermula dengan 300 mualaf dari Kelantan menerusi pengurangan yuran pengajian sebanyak RM250 untuk tempoh pengajian selama dua tahun.